Wednesday, October 20, 2010

UNTUK WANITA YANG INGIN JADI SOLEHAH

untuk muslimah yang ingin jadi solehah...

Wanita solehah itu aurat dijaga pergaulan dipagari sifat malu pengikat diri seindah hiasan di dunia ini
Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya
kemanisan wanita solehah tidak terletak pada kemanjaannya
daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslim indan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,memujuk rayu
bukan dan tidak sama sekali kepetahan wanita solehah
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
tapi pada perjuangannya  meningkatkan martabat agama....

nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam 
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandai dari segala aspek
nyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai

wahai wanita
jangan dibangga dengan kecantikan luaran kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman
tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi
wahai wanita
jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu

wahai wanita
jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimukerana ada lagi insan yang lebih malang darimu

wahai wanita solehah
 jangan dirisau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya
bersyukurlah diatas apa yang adaserta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama

Salam perjuangan untuk sahabatku "Wanita solehah"

“Wanita hiasan dunia... Seindah hiasan adalah wanita solehah”
~perkongsian darripada sahabat-PNI

Monday, October 18, 2010

DUHAI MUSLIMAH



Duhai Muslimah Sayang…

Indahnya dirimu di sisi Islam tercintaMartabatmu diangkat oleh TuhanDalam agama yang sempurna iniSayang sungguh sayang Allah pada kalian


Duhai Muslimah Sayang…

Terciptanya engkau yang mampu menjadi kekuatan dan kelemahan para musliminJanganlah hendaknya dikau pergunakan cara yang salahBukankah tinggi tempatmu tercipta dari azali?Teristimewa dari rusuk lelaki pilihanNYA


Duhai Muslimah Sayang…

Kini identiti muslimahmu kian hilangPada zaman akhir yang penuh kemodenanTak kurang jua kejahilanDimanakah pegangan agamamu yang pernah teguh dan tegal dahulu??





Duhai Muslimah Sayang…

Indahnya kalian di mata musliminLagi indah jika terhindar dari fitnah hati dan fitnah duniawiBagaimana mahu terhindar andai dengan mudah hatimu diberi?Dengan mudah tubuhmu digauli sesuka hati oleh insan ajnabi?


Duhai Muslimah Sayang…

Muslimin menghargai keindahan dan kecantikan padamu…Jangan hilangkan tanggapan yang mahal itu dengan hawa nafsu yang merosakkan iaYang bakal..,Menjatuhkan maruahmu sekeluargaMenjadikan dirimu lemah dan tidak berhargaTetapi..,Bangkit jua berjuang dalam agamaNYAMenemani muslimin bersama





Duhai Muslimah Sayang…

Kehidupan di bumi tidaklah lamaYang payah dijaga perlu terus tegas dijagaYang mudah binasa perlu kekal dipelihara dari cela dan nodaHiasi rohani dengan santapan ilmu IslamiYang menuntun keimanan tuk menjaga kehormatan diri…


Duhai Muslimah Sayang…

Muslimin juga lemah andai dirimu tidak kuatKuatlah dirimu menepis rayuan dan permintaan yang tersembunyi laknat Tuhan..Pintu zina itu sentiasa terbuka andai kalian sedikit alpa


 


Jangan muslimah!

Muslimin jua tidak sekuat Nabi Yusuf menentang hawa nafsunya..Tidaklah jua seperti malaikat yang tidak bernafsu bila melihat dan terlihat..Jangan biarkan dirimu mudah menjadi santapan pandangan jahat yang tidak mengira tempat…Bisikan rakus yang mengganggu gugat iman kami, muslimin sekalian…


Duhai Muslimah Sayang…

Dikau sebaik perhiasan..Jika menjadi solehah sebagai pilihan..Bukan hanya perhiasan dunia bahkan hidup seorang muslimin yang mendamba bidadari dunia..Jagalah dirimu sebaiknya..Kelak, kau jua kan mendapat kebahgiaan dariNYA.

 P/S-Ayuh srikandi...kita perkasakan cinta padaNYA...PNI...

Krew Nisa Sepanggar


Fatimah Azzahrah hazwani
Mazwazinie87@yahoo.com
(Ketua)




















Nurhidayah Mukhsin
    (Timbalan)




















Puteri Nur Iman
puteri_bunianku@yahoo.com
(setiausaha)



















Asiah Yusro
cahaya_keindahan@hotmail.com
(bendahari)

Salam semerdu suara bidadari

Bismillahirahmanirahim

Barisan ahli Nisa' Sepanggar mengucapkan salam perjuangan buat calon pemburu gelaran bidadari syurga.
Alhamdulillah, lagu bidadari ditujukan buat sahabiyah sekalian. Moga, kita tergolong menjadi calon bidadari syurga. Diharap sahabiyah dapat membantu perjuangan Nisa' Sepanggar.

Bidadari, bidadari
Temanilah resahku
Bidadari, bidadari
Tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya
Kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari, bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari
Jadilah sang setia

Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula

Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya di syurga

Lirik lagu Bidadari Munif Ahmad ( Hijjaz )
 
Christening Gowns, Free Blogger Templates