Wednesday, April 27, 2011

Menyemai Ukhuwwah Mahabbah Fillah


Assalamualaikum wbt…Ibarat sang bulan yang menyinari seluruh alam, di saksikan hambaNya yang kerdil, berbeza situasi dan lokasi, namun masih lagi menatap cahaya rembulan yang sama, sungguhpun berpaksi tetap dan setia memantulkan cahaya dari sang mentari…Begitulah kehidupan manusia, sungguhpun rela atau tidak rela menerima sesuatu, namun si pemberi tetap setia memberi…Kerana ikatan yang terjalin di antara pemberi dan penerima, menjadikan suatu perkongsian itu adalah satu keindahan dan kelembutan sebagaimana indahnya dan lembutnya cahaya sang rembulan…



Mujahidah yang di cintai Allah….
Aku ukir untukmu sebuah tulisan, aku ungkapkan semua yang tersimpan dalam dadaku, aku gores apa yang di saksi tentang kamu, aku paparkan khabar angin yang membakar telingaku, akan aku huraikan semua yang terpendam siang dan malam dalam kalbuku…

Saudaraku yang di sayangi…

Aku bukan orang lain bagimu. Aku adalah saudaramu. Agama Islam mengikat hati kita berdua, ikatan yang lebih kuat daripada ikatan saudara kandung. Aku luangkan masa untuk mengukir nasihat sebagai tanda dalamnya kasih sayangku…


Aduhai saudaraku…

Hubungan kita sudah lama terbina oleh ikatan perjuangan, bahkan lebih awal daripada itu. Aku pegang erat penaku, akan aku ukirkan untukmu sebuah bingkisan indah, surat tanda kasih dan sayangku…Sesudah suara tidak di hiraukan, sesudah kalimat tidak lagi bermanfaat menentang garis nan lurus, aku kasihan kepada dirimu akan azab Allah…Alangkah sayang jika pahala yang selama ini kita peroleh hilang begitu sahaja…

Saudaraku…

Ingatkah kamu kata-kata Nabi Yakub sesudah menyaksikan baju Nabi Yusuf yang berlumuran darah palsu? Baginda berkata, “Maka kesabaran yang baik itulah kesabaranku”, Al-Yusuf:18.

Dalam keadaan apa pun kita harus bersabar, seperti sabarnya Nabi Yaakub…Mengapa harus bersabar???Kerana keadaan akan berubah, jiwa menjadi tenang, hati menjadi lapang, urusan akan menjadi mudah dan keadaan yang menghimpit akan segera berakhir.

Ingatlah juga Firman Allah swt, “Cukuplah Allah menjadi penolong kamu dan Allah adalah sebaik-baik pelindung” Ali Imran:173

Ayat tersebut mengingatkan kita bahawa Allah akan melepaskan kesulitan, menghilangkan bencana dan aib yang ada pada kita…



Sahabatku yang di sayangi….

Aku berdoa agar kamu menjadi wanita yang solehah,menjadi perhiasan dan permata dunia. Junjungan kita Rasulullah saw bersabda, “Dunia ini perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah yang soleh”, Riwayat Muslim…

Jadilah kamu wanita yang solehah yang selalu meminta dan memohon kepada Allah. Allah Yang Maha Mulia untuk menjauhkan diri daripada fitnah yang jelas mahupun yang samar. Berdoalah kepada Allah…


Saudaraku….

Mohonlah agar kita di jadikan wanita yang solehah, muslimah yang beriman, takut dan taat kepada ketentuan Allah dan RasulNya sebagaimana Allah swt berfirman, “Tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan , akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka…Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat…” Al-Ahzab:36


Sahabat yang ku rindui…

Aku prihatin dan sedih melihat keadaanmu dari sehari ke sehari. Pada mataku kamu tetap cantik dan indah…Namun jika hanya kerana suatu dugaan, musibah, kesedihan dan kecantikan telah memperdayakan kamu sehingga kamu berputus asa akan kasih sayang Allah, maka ingatlah bahawa tulang-tulangmu akan berserak di dalam kubur kelak…Musibah dan kesedihan akan hilang seiring berjalannya waktu..kamu pasti berjaya menempuh semua ini…

Hidup ini bagai roda yang berputar, kadang-kadang di bawah, kadang-kadang di atas. Ingatlah ketika kita bersama dahulu…Kita selalu memperkatakan tentang hidup yang tidak kekal…Sahabatku, andai kata kita tiba-tiba jatuh sakit, lenyaplah kecantikan kita..Apa boleh kita buat???

Ingatkah kamu pada malam itu…malam ulang tahun diriku???Kamu berkata, “Balqis yang solehah, jika dirimu bersedia dan rela, ambillah gambar dirimu dengan sinar-X…Sinarnya  akan menampakkan apa yang ada di kepala, wajah dan betismu….

Kamu juga berkata, “Bayangkanlah dirimu tanpa daging, lemak, kulit dan rambut. Maka wujudlah gambaran yang amat menyeramkan…bukan???”


Sahabatku…

Sejak itulah hidayahNya datang…Aku bermimpi berkali-kali tentang dunia ini hancur…Aku terdengar jeritan para arwah di Sijjin. Pada masa itu, kamulah yang membantu aku untuk mendapatkan hidayahNya…Di Bumi Anbia', ku banyak mengalirkan air mataku...
Jika syaitan telah membuat kamu ragu, ingatlah balasan Allah…Neraka Jahanam bagi orang yang durhaka…Jika dunia telah memperdayakanmu,ingatlah alam kubur yang gelap. Jika kamu rindu dengan nikmat dunia, jangan lupa janji Allah terhadap orang mukmin iaitu syurga yang tidak akan di ganti, di ubah dan kekal…Allah swt berfirman, “Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya dia mendapat kemenangan yang besar.” Al-Ahzab:71



Sahabatku yang di kasihi…

Diriku tidak bermaksud mengajarmu…Ini adalah luahan sayangku kepadamu. Aku sayang kamu kerana Allah. Semoga kita terus mendapat hidayahNya…Amin, allahumma amin…

Bersemangat untuk berubah, senyum selalu dan istiqomah…

Dariku….
Saudara yang merinduimu agar kembali ke jalanNya…
Saudara yang merindui gurau sendamu…
Saudara yang merindui nasihatmu…
Saudara yang merindui perkongsian pendapat tatkala kita berkumpul….



“Ya Allah…Kau Maha Mengetahui segala isi yang tersurat dan tersirat di hati ini…Kau Maha Mengetahui segala rasa yang aku alami pada ketika ini…Kau Maha Melihat segala tangisanku ketika sujud menyembahMu…Kau Maha Melihat segala kekosongan di hari-hari ku…Kau Maha Mendengar segala keluh kesahku…Kau Maha Mendengar segala bicara sakitku…Berat Ya Allah…Sungguh berat ujian yang Kau timpakan pada diriku…aku memohon kekuatan dariMu Ya Allah…ku memohon petunjuk dariMu Ya Allah…sesungguhnya aku buntu…aku tidak nampak jalan mana harus ku pilih…aku tidak nampak solusi mana harus aku perlakukan…sakit Ya Allah…untuk aku menghadapi hari esok….Sampai bila harus aku berlakon…berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku…sampai bila Ya Allah???Ya Allah, jauhkanlah diriku dari merasa tidak adil…jauhkanlah diriku dari merasa tidak redha…Ya Allah…Kau tunjukkanlah jalan keluar untukku…Kau tiupkanlah keredhaan dan ketabahan pada diriku ini….Sesungguhnya Kau Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi….”

~erti hidup dengan berkongsi~

Monday, April 25, 2011

NISA' SEPANGGAR : WE CARE AND UP-TO-DATE

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,akhirnya berjaya meng'update' blog....entri ringkas tapi penuh pengertian....



NISA’ SEPANGGAR yang baru di tubuhkan pada September tahun lepas merupakan satu NGO yang berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia. Dengan bertemakan “Kita Laksanakan Impian Bersama” melalui 3 misi iaitu kebajikan, kemanusiaan dan juga kemasyarakatan, objektif NISA’ SEPANGGAR akan tercapai melalui program-program yang di rancang dengan teliti, di semai dengan kasih sayang dan di sampaikan dengan penuh keikhlasan.

Di antara program-program yang telah di laksanakan oleh NISA’ SEPANGGAR adalah Usrah Nisa’, Ziarah Nisa’, Iftar Nisa’, Rehlah Nisa’, Misi Tahun Baru Nisa’, Nisa’ Team Building, Lawatan Amal Kasih dan sebagai fasilitator di dalam pelbagai program. NISA’ SEPANGGAR yang di dukung oleh srikandi-srikandi Sabah dan Sarawak turut di anggotai oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada adik-adik sekolah menengah rendah & atas, matrikulasi asasi, penuntut IPTA & IPTS malah turut di kenali oleh para ibu bapa di luar sana.

Alhamdulillah, keahlian NISA’ SEPANGGAR semakin bertambah dan kini sudah menjangkau 60 orang. Baru-baru ini pada 22 April 2011 yang lepas, bertempat di Superbowl, 1 Borneo, NISA’ SEPANGGARsekali lagi telah mengadakan satu aktiviti iaitu NISA’ BOLING di bawah Unit Sukan dan Rekreasi. Seramai 14 orang ahli NISA’ Sepanggar telah hadir bagi menyertai perlawanan boling ini. Pelbagai lagak dan aksi telah di tonjolkan oleh ahli NISA’ SEPANGGAR ketika bermain boling. Ada bola yang masuk ke ‘parit’, bahkan ada juga bola yang di’lontar’kan ke belakang…Syukur pada ketika itu, keadaan di Superbowl 1 Borneo adalah sangat lenggang, menyuntik lagi semangat ahli NISA’ SEPANGGAR untuk menunjukkan aksi membaling boling yang ‘kreatif’…Kegembiraan jelas terpancar di kalangan ahli NISA’ SEPANGGAR. Kepenatan dalam bekerja dan juga menelaah pelajaran jelas hilang di riak wajah ahli NISA’ SEPANGGAR…Semoga dengan program sebegini mampu merapatkan lagi ukhuwwah di antara ahli NISA’ SEPANGGAR.












Sesi penyampaian hadiah merupakan tirai penutup NISA’ BOLING pada hari tersebut. Nampak gayanya, johan, tempat kedua dan tempat ketiga telah di menangi oleh pimpinan NISA’ SEPANGGAR. Kepada adik-adik, perlu berusaha ‘lebih’ sedikit untuk mengalahkan orang-orang ‘kuat’ boling Sabah dan Sarawak…


Aktiviti ahli NISA’ SEPANGGAR tidak terhenti setakat itu sahaja pada hari tersebut. Ketika menikmati makanan tengahari bersama, satu sms telah masuk, meminta ahli NISA’ SEPANGGAR untuk pergi menziarahi seorang pesakit kanser payudara di Telipok. Seusai solat zohor, ahli NISA’ SEPANGGARbergegas ke rumah pesakit yang terletak berhampiran dengan Politeknik Sabah dengan bertemankan Ust. Nazri dan juga seorang muslimin. Kehadiran kami pada ketika itu di sambut oleh Kak Hasyimah yang duduk di atas tilam di tengah ruang tamu rumah.



Bekerja sebagai seorang jururawat di Klinik Kesihatan Kerajaan, Kak Hasyimah mula menghidap kanser payudara sejak Oktober 2009. Ibu kepada 4 orang anak ini sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 6 kali dan di sahkan berada pada tahap 4, suatu tahap yang cukup membahayakan bagi seorang penghidap kanser. Alhamdulillah, berkat doa dan juga sokongan dari kaum keluarga dan kenalan, Kak Hasyimah selamat menjalani pembedahan membuang payudara pada Jun 2010. Segala perbelanjaan pembedahan dan juga rawatan di tanggung oleh Kak Hasyimah sendiri. Walaupun beliau turut menerima bantuan dari hospital kerajaan, namun rawatan susulan yang memerlukan lebih kurang RM1000 lebih untuk sekali rawatan sahaja amatlah membebankan kerana rawatan yang perlu di ambil bukanlah sekali sahaja, tapi berkali-kali.




Sesungguhnya Allah swt itu menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Tidak lama selepas pembedahan tersebut, doktor mengesahkan bahawa hati Kak Hasyimah telah di jangkiti oleh kuman. Sudah jatuh di timpa tangga, itulah realiti yang melanda diri Kak Hasyimah. Berulang alik ke Hospital Likas bagi mendapatkan rawatan seterusnya menyebabkan Kak Hasyimah hampir berputus asa dengan takdir yang melanda diri. Kak Hasyimah ketika di temu bual oleh ahli NISA’ SEPANGGAR, kelihatan lemah dan juga terpancar riak putus asa di wajahnya. Dengan keadaan hati yang telah di jangkiti kuman, menyebabkan Kak Hasyimah tidak boleh banyak bergerak. Alhamdulillah, tuntutan solat tetap di tunaikan dalam keadaan duduk dan baring.

Kami, ahli NISA’ SEPANGGAR yang datang hanya dengan sedikit buah tangan dan juga Majalah Solusi keluaran 30, berasa simpati dan insaf melihat keadaan kak Hasyimah. Suntikan semangat dan kasih sayang sesama insan dan juga doa, itu sahaja yang mampu kami kongsikan dengan Kak Hasyimah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…Sama-sama kita doakan agar Kak Hasyimah diberi kekuatan dalam mengharungi ujian Allah swt ini dan pulih seperti sedia kala. Sesungguhnya sakit yang melanda itu adalah satu nikmat dan juga satu kifarah dosa…Kepada insan yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi mana-mana ahli NISA’ SEPANGGAR. Sedikit sumbangan mampu mengurangkan segunung bebanan.




InsyaAllah,pada Mei – Jun nanti, NISA’ SEPANGGAR akan mengadakan Lawatan Amal Kasih Siri II, NISA’ Small Kindness di Rumah Harapan, Picnic Nisa’ dan Nisa’ Camp di Kinabatangan. JOM SERTAI NISA’ SEPANGGAR!!!!

“IMPIKAN KEHIDUPAN YANG CERIA & LEBIH BERMAKNA? MASA DEPAN YANG CEMERLANG & TEMAN YANG MEMAHAMI???JOMMMMMMMMM JOIN NISA’!!!!KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA…..”

~erti hidup dengan berkongsi~

Sunday, April 10, 2011

Mahalkah diri anda, wahai wanita???



Wahai wanita, anda adalah perhiasan. 
Dunia ini menjadi indah kerana
adanya anda yg bernama wanita. 
Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul...
Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. 
Dunia pasti tidakmenarik untuk didiami. 
Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan
perbuatan2 ‘sampai hati’ sesama sendiri...

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. 
Andatelah menyempurnakan keindahan bunga. 
Sempurnalah keindahan apabilabunga dikitari sang rama-rama. 
Namun anda yg bernama wanita, mengapa
ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki...


Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, 
tapi tak usah mangsakan
diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. 
Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. 
Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama
terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh...

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan
pedulikannya lagi.
Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. 
Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi
sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, 
sebagaimana sayap
rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu...

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?


Jika anda seorang wanita sejati, 
anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, 
lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya
keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu.
Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada
disekelilingnya, 
tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda...

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, 
kalau dua kali sentuh
mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah
itu terkoyak. 
Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.


Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. 
Agar dengan itu anda dapat
memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin
mencalitkan noda keatas diri anda. 
Apa untungnya digilai dan diminati,
kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, 
kemudian
anda ditinggalkan pergi. 
Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2
belah sayap anda telah tiada...

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda
berharga. 
Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh
seorang lelaki dengan harga kejujuran. 
Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya
lelaki yg tidak tahu diri...

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki
yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’. 
Tapi anda ibarat mutiara
dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. 
Memang sukar sedikit untuk mencari mereka.
Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. 
Lelaki terbaik tidak mudah
ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. 
Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik
daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda...


Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua
tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. 
Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN
dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.
Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri...
Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada
sang kelkatu yg menerjah api. 



WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN…

~erti hidup dengan berkongsi~
 
Christening Gowns, Free Blogger Templates