Tuesday, August 16, 2011

LAWATAN KASIH RAMADHAN KE HOSPITAL LIKAS




Assalamualaikum wbt...

Di riwayatkan daripada Anas ra :Nabi Muhammad saw pernah
bersabda ; " Tidak ada seorang pun di antara kalian di pandang
beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim
seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.."

si ibu yang dikatakan mengandun anak kembar. :)

ahli Nisa' Sepanggar

seorang ibu yang teruja menerima kunjungan kami

Syukur alhamdulillah...pada hari Sabtu yang lepas, iaitu pada
tanggal 13 Ogos 2011, selepas Zohor, Dewan Pemuda Pas
Negeri Sabah bersama dengan Nisa' Sepanggar dan juga
MARSIS telah membuat satu kunjungan Ziarah Ramadhan
 ke Hospital Likas. Kunjungan tersebut di adakan adalah
untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan juga memberi
kata-kata semangat kepada para pesakit yang menghuni hospital tersebut.





berlatih mendukung bayi...insyaAllah,akan tiba juga masanya


Muslimat Nisa' Sepanggar dan MARSIS telah membuat
kunjungan ke Wad Kenanga iaitu wad wanita bersalin.
Semasa kunjugan tersebut, sebungkus kurma dan juga risalah
Doa Pelindung Diri turut di edarkan kepada para ibu-ibu dan
juga bakal ibu-ibu di wad tersebut.

semoga menjadi anak yang soleh :)


seorang ibu yang baru sahaja melahirkan sepasang anak kembar lelaki... :)


Melihat kedatangan para muslimat secara mengejut membuatkan
beberapa para ibu tersentuh hati dan terpujuk kerana masih ada
yang prihatin dan datang menjenguk mereka tatkala orang lain
sibuk dengan membuat persiapan Hari Raya Aidil Fitri yang
bakal menjelang tidak lama lagi.


subhanallah..comeiilll

seorang ibu yang betul-betul memerlukan kekuatan dek kerana
keadaan anak yang dikandung adalah songsang..semoga Allah memberi kekuatan kepadamu




Tidak ada apa-apa yang mampu di berikan oleh muslimat
Nisa' Sepanggar dan juga MARSIS melainkan doa agar mereka
 ini kuat dan tabah dalam melahirkan dan meramaikan umat Islam
di muka bumi ini. Semoga perkongsian masalah dan beberapa tips
 sebelum/selepas melahirkan anak dengan para ibu dan bakal ibu
 ini merupakan satu perkongsian yang bermakna buat mereka.




ahli MARSIS yang turut mengunjung



Semoga bayi yang bakal di lahirkan ,lahir dalam keadaan yang selamat
dan lancar dan kepada bayi yang sudah di lahirkan, semoga cepat
membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Kepada
bakal ibu dan para ibu di sana, sungguh besar jasa dan pengorbananmu
dalam melahirkan seorang bayi ke bumi ini. Semoga denga
kelahiran tersebut, bisa mensucikan segala dosa-dosa yang
 pernah kita lakukan sebelum ini. Semoga Allah swt redha dan
melindungimu senantiasa.

"Siapa yang tidak sayang pada manusia, maka tidak akan di
sayangi oleh Allah swt..."
Hadis Riwayat Daud, Tirmizi, Baihaqi dan Bukhari..

~erti hidup dengan berkongsi~

JELAJAH DAKWAH NISA' SEPANGGAR - PEKAN TELIPOK DAN INDAH PERMAI



Assalamualaikum wbt...
Kini, bulan Ramadhan sudah menjengah ke pertengahan...
tidak lama lagi Ramadhan yang dirindui bakal meninggalkan kita..
Di kesempatan yang ada ini, hargai setiap detik kita dengan
melakukan amal soleh..ikhlas semata-mata kerana Allah...
Semoga segala amalan kita nanti akan di terima oleh Allah...
Insyaallah...

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya
Rasulullah saw bersabda:
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kpd seseorang hamba
pd hari kiamat.."
Hadis Riwayat Imam Ahmad...
sedikit pengisian sebelum menjalankan aktiviti


Alhamdulillah..pada 17 Julai yang lepas, mungkin agak lambat
mengupdate...Nisa' Sepanggar telah menjalankan Jelajah Dakwah
 Nisa' Sepanggar..

pembahagian tugas dan kumpulan sebelum turun padang


Seramai 13 orang ahli Nisa' Sepanggar yang turun dan juga turut di
 temani oleh Ketua Pemuda Pas Sepanggar turung ke Pekan Telipok
dan juga Pekan Indah Permai bagi mendekati masyarakat yang ada di sana...

mendekati golongan muda di Pekan Telipok

Jelajah dakwah tersebut di adakan bukan semata-mata untuk meninjau
 keadaan realiti yang sedang berlaku di 2 kawasan tersebut tapi juga
mendekati masyarakat bagi mengetahui permasalahan yang di hadapi
oleh mereka.

berbual dengan makcik penjaja di pasar tamu Pekan Telipok

Selain itu juga, ahli Nisa' Sepanggar turut menjual badge 'Nisa' Sepanggar"
 sebagai satu promosi untuk mengajak orang ramai mengikuti Nisa' Sepanggar.
Risalah Marhaban Ya Ramadhan turut di edarkan kepada masyarakat
setempat bagi mengajak bersama untuk meraikan Ramadhan Kareem,
bulan yang penuh rahmah, maghfirah dan keberkatan...

mendekati penjaja di bahagian luar



Hasil dari Program Jelajah Dakwah tersebut, kami mendapati bahawa
masalah utama yang menimpa masyarakat terutama penggerai dan
penjaja yang berniaga di Pekan Telipok adalah kadar sewa yang di
kenakan oleh DBKK. Bagi penjaja yang berniaga di dalam 'rumah pasar'
yang boleh di katakan agak selesa dengan keadaan yang berkipas,
beratap dan berdinding hanya di kenakan bayaran sebanyak RM20
sahaja namun bagi penjaja yang menumpang berniga di bahagian luar,
yang berbumbungkan sinaran mentari yang terik dan tidak berkipas
serta berdinding dikenakan bayaran sebanyak RM90 sebulan. 
penjaja yang di kenakan sewa tapak yang tidak seimbang


Apabila di tanyakan bagaimana keadaan ini boleh berlaku, rata-rata
makcik-makcik penjaja menjawab "susah...kami ni menumpang sahaja..."..
Kesian, inilah realiti yang melanda masyarakat penjaja di Pekan Telipok.
Semata-mata untuk mencari sesuap nasi, 'ketidak adilan' yang berlaku
ini terpaksa di telan sebulat-bulatnya, sungguhpun perit untuk di telan masuk.

sesi 'post-morterm' di Indah Permai


Selain itu, bila di tanya kepada makcik/pakcik yang berjalan-jalan di Pekan
 Telipok mengenai permasalahan tanah ataupun tempat tinggal, rata-rata
 menjawab tiada sebarang masalah melainkan aktiviti pecah masuk yang
 sering berlaku di kampung sekitar.

Pada hari tersebut, ahli Nisa' Sepanggar turut bergerak ke Pasar Tamu
Indah Permai yang rata-ratanya isu sewa kedai/gerai tidak mendatangkan
sebarang permasalahan kepada mereka. 

Respon daripada makcik/pakcik yang berjaya di temubual, mereka
melahirkan rasa bersyukur kerana dek kerana kesibukan yang terlampau,
 mereka tidak mempunyai masa untuk mencari doa-doa amalan harian,
apatah lagi untuk bulan Ramadhan. Dengan risalah tersebut, mereka boleh
 menjadikan ia sebagai satu rujukan yang bermanfaat. Mereka juga
melahirkan rasa berterima kasih kerana sudi mendekati mereka untuk
 mendengar masalah dan berkongsi cerita. Jarang mana-mana pihak mahu
turun padang berjumpa dengan mereka.



Kepada saudara-saudara yang berada di luar sana, tak kiralah kereta jenis
 apa yang kita pakai, minyak wangi apa yang kita sembur, jam tangan jenis
 apa yang kita balutkan kat tangan, kerja engineer ke atau jual burger ke,
setiap kita ini ,selagi masih hidup di mukabumi sementara ini sebagai
seorang hamba Allah, adalah satu tanggungjawab besar untuk kita turun
 padang, mendekati masyarakat yang sangat memerlukan keprihatinan
dan bantuan. Apa gunanya kita sibuk dengan aktiviti keduniaan tapi lupa
untuk melakukan amalan untuk kita jadikan sebagai bekalan di akhirat nanti???

Rasulullah saw pernah menceritakan tentang kisah seorang lelaki di zaman
dahulu yang melihat seekor anjing kehausan sehingga memakan tanah. Maka
lelaki itu mengambil air dengan menggunkan kasutnya agar dapat di minum
oleh anjing itu. Maka kata Rasulullah saw : "Maka allah memberikan lelaki itu
penghargaan lalu memasukkannya ke dalam syurga" ..Hadis Riwayat al Bukhari.


***berbuat baiklah ke atas setiap ciptaan Allah swt***

~erti hidup dnegan berkongsi~
 
Christening Gowns, Free Blogger Templates