Friday, February 11, 2011

Tawadukkah kita.. atau takabbur?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya, diberikan ruang dan peluang untuk membuat entri untuk perkongsian kita bersama, mudah2an sedikit sebanyak menjadi pengajaran untuk kita bersama..

Tawadukkah kita atau takabbur? Mungkin persoalan itu pernah menerpa diri kita..Risau juga dibuatnya..mengenangkan kesilapan dan keterlanjuran dalam perkataan dan perbuatan selama ini yang mungkin tersalah dan tersilap, sama ada disedari mahupun tidak, dan kelihatan mahupun tidak kelihatan..Astaghfirullahalazhim...Mungkin sahabat2 menyedarinya, oleh itu, mohon teguran dan nasihat kepada sesama kita yang seringkali tersalah ini..Marilah kita bersama-sama menilai diri kita..

Sahabat2 yang dikasihi dan disayangi kerana ALLAH..
Dipetik daripada sebuah buku, sifat2 pejuang ALLAH oleh Mohd Ali Bin Abu Bakar..Tawaduk ini menghiasi jiwa dengan kerendhan diri, mencegah diri daripada mengangkat diri dikalangan orang ramai dan menghina dan merendahkan mereka..Sepatutnya kita mudah mesra dan lembut di dalam pergaulan, tidak adarasa bangga dan sombong diri, jauh daripada sifat sombong atau bongkak..

Sifat tawaduk ini adalah kesederhanaan yang memisahkan antara takbur dan kompleks jiwa, berbeza dengan seseorang yang bersifat takabbur, berlagak lebih daripada kemampuan..Islam tidak membenarkan seseorang itu bersifat takbur kerana itu akan mengingkar kebenaran Tuhan..

Sifat takbur ini sudahpun dilarang oleh ALLAH seperti dalam Surah Al-Israk, ayat 37 yang bermaksud, "Dan janganlah kamu berjalan di buni dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan dapat menyamai setinggi gunung."

Firman ALLAH lagi dalam Surah Luqman ayat 18-19 yang bermaksud,"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai tiap-tiap orang yang sombong, takbu lagi membanggakan diri dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan dan rendahkan suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya suara yang paling buruk itu ialah suara keldai.".

Namun begitu, sahabat2 yang dikasihi ALLAH..
Sifat tawaduk bukan bererti seseorang itu lemah, merasa hina atau rendah terhadap orang atasan, merasai diri kurang daripada orang lain kerana ianaya hanya menyebabkan seseorang itu ke lembah sakit jiwa atau ke jurang penderitaan batin yang tidak sudah-sudah.. Sebaliknya, tawaduk adalah sifat yang mulia, akhlak para sufi dan pembekal jiwa kepada para pejuang Islam baik di medan pertempuran, mahupun di gelanggang arena politik negara atau lapangan kemasyarakatan. Malahan ia dapat melayakkan seseorang itu dalam segenap aspek  dan kedudukan hidup.

Islam agama yang agung, tidak ada agama yang lebih agung daripadanya. Umat Islam umat yang tinggi dan direstui oleh ALLAH akan ketinggiannya, bahkan digalakkan supaya orang mukmin itu melahirkan kehebatan kepada musuh-musuh ALLAH dan musuh-musuh Islam.

Orang tawaduk menghormati orang lain tanpa mengira pangkat dan peringkat umur, sama ada tinggi atau rendah, baik golongan tua atau muda..Suka menolong dan turut sama dalam kerja-kerja kebajikan, rawa kebersamaan dan kesatuan sebagai hamba ALLAH..Lahir dari keikhlasan hati dan kesucian jiwa..Tidak mungkin orang yang takbur itu insan yang mengenali Tuhannya dan tahu menilai diri sendiri, mereka sebenarnya jahil tentang Tuhan. Orang yang tawaduk adalah mereka yang mudah mesra ketika berbicara, lembut di dalam pergaulan seharian dan tidak ada rasa bangga dan sombong. Mereka jauh daripada sifat sombong dan bongkak tetapi kuat mempertahankan kebenaran ALLAH dan tegas menghadapi musuh-musuh ALLAH..

Marilah kita mengambil sifat tawaduk sebagai pakaian hidup kerana sifat ini juga sebagai pembekal utama ke arah perjuangan suci lebih-lebih lagi pada masa kini, gelombang material kian melambung sedangkan nilai moral semakin menurun. Tidak ada jalan lain yang dapat membekalkan istiqamah kepada seseorang itu melainkan tawaduk kerana ia sifat mulia dan lambang kebenaran.

Wallahu'alam..

Pesanan buat diri penulis terutama dan perkongsian bersama..

Wassalam..

1 comment:

 
Christening Gowns, Free Blogger Templates