Tuesday, August 16, 2011

JELAJAH DAKWAH NISA' SEPANGGAR - PEKAN TELIPOK DAN INDAH PERMAI



Assalamualaikum wbt...
Kini, bulan Ramadhan sudah menjengah ke pertengahan...
tidak lama lagi Ramadhan yang dirindui bakal meninggalkan kita..
Di kesempatan yang ada ini, hargai setiap detik kita dengan
melakukan amal soleh..ikhlas semata-mata kerana Allah...
Semoga segala amalan kita nanti akan di terima oleh Allah...
Insyaallah...

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya
Rasulullah saw bersabda:
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kpd seseorang hamba
pd hari kiamat.."
Hadis Riwayat Imam Ahmad...
sedikit pengisian sebelum menjalankan aktiviti


Alhamdulillah..pada 17 Julai yang lepas, mungkin agak lambat
mengupdate...Nisa' Sepanggar telah menjalankan Jelajah Dakwah
 Nisa' Sepanggar..

pembahagian tugas dan kumpulan sebelum turun padang


Seramai 13 orang ahli Nisa' Sepanggar yang turun dan juga turut di
 temani oleh Ketua Pemuda Pas Sepanggar turung ke Pekan Telipok
dan juga Pekan Indah Permai bagi mendekati masyarakat yang ada di sana...

mendekati golongan muda di Pekan Telipok

Jelajah dakwah tersebut di adakan bukan semata-mata untuk meninjau
 keadaan realiti yang sedang berlaku di 2 kawasan tersebut tapi juga
mendekati masyarakat bagi mengetahui permasalahan yang di hadapi
oleh mereka.

berbual dengan makcik penjaja di pasar tamu Pekan Telipok

Selain itu juga, ahli Nisa' Sepanggar turut menjual badge 'Nisa' Sepanggar"
 sebagai satu promosi untuk mengajak orang ramai mengikuti Nisa' Sepanggar.
Risalah Marhaban Ya Ramadhan turut di edarkan kepada masyarakat
setempat bagi mengajak bersama untuk meraikan Ramadhan Kareem,
bulan yang penuh rahmah, maghfirah dan keberkatan...

mendekati penjaja di bahagian luar



Hasil dari Program Jelajah Dakwah tersebut, kami mendapati bahawa
masalah utama yang menimpa masyarakat terutama penggerai dan
penjaja yang berniaga di Pekan Telipok adalah kadar sewa yang di
kenakan oleh DBKK. Bagi penjaja yang berniaga di dalam 'rumah pasar'
yang boleh di katakan agak selesa dengan keadaan yang berkipas,
beratap dan berdinding hanya di kenakan bayaran sebanyak RM20
sahaja namun bagi penjaja yang menumpang berniga di bahagian luar,
yang berbumbungkan sinaran mentari yang terik dan tidak berkipas
serta berdinding dikenakan bayaran sebanyak RM90 sebulan. 
penjaja yang di kenakan sewa tapak yang tidak seimbang


Apabila di tanyakan bagaimana keadaan ini boleh berlaku, rata-rata
makcik-makcik penjaja menjawab "susah...kami ni menumpang sahaja..."..
Kesian, inilah realiti yang melanda masyarakat penjaja di Pekan Telipok.
Semata-mata untuk mencari sesuap nasi, 'ketidak adilan' yang berlaku
ini terpaksa di telan sebulat-bulatnya, sungguhpun perit untuk di telan masuk.

sesi 'post-morterm' di Indah Permai


Selain itu, bila di tanya kepada makcik/pakcik yang berjalan-jalan di Pekan
 Telipok mengenai permasalahan tanah ataupun tempat tinggal, rata-rata
 menjawab tiada sebarang masalah melainkan aktiviti pecah masuk yang
 sering berlaku di kampung sekitar.

Pada hari tersebut, ahli Nisa' Sepanggar turut bergerak ke Pasar Tamu
Indah Permai yang rata-ratanya isu sewa kedai/gerai tidak mendatangkan
sebarang permasalahan kepada mereka. 

Respon daripada makcik/pakcik yang berjaya di temubual, mereka
melahirkan rasa bersyukur kerana dek kerana kesibukan yang terlampau,
 mereka tidak mempunyai masa untuk mencari doa-doa amalan harian,
apatah lagi untuk bulan Ramadhan. Dengan risalah tersebut, mereka boleh
 menjadikan ia sebagai satu rujukan yang bermanfaat. Mereka juga
melahirkan rasa berterima kasih kerana sudi mendekati mereka untuk
 mendengar masalah dan berkongsi cerita. Jarang mana-mana pihak mahu
turun padang berjumpa dengan mereka.



Kepada saudara-saudara yang berada di luar sana, tak kiralah kereta jenis
 apa yang kita pakai, minyak wangi apa yang kita sembur, jam tangan jenis
 apa yang kita balutkan kat tangan, kerja engineer ke atau jual burger ke,
setiap kita ini ,selagi masih hidup di mukabumi sementara ini sebagai
seorang hamba Allah, adalah satu tanggungjawab besar untuk kita turun
 padang, mendekati masyarakat yang sangat memerlukan keprihatinan
dan bantuan. Apa gunanya kita sibuk dengan aktiviti keduniaan tapi lupa
untuk melakukan amalan untuk kita jadikan sebagai bekalan di akhirat nanti???

Rasulullah saw pernah menceritakan tentang kisah seorang lelaki di zaman
dahulu yang melihat seekor anjing kehausan sehingga memakan tanah. Maka
lelaki itu mengambil air dengan menggunkan kasutnya agar dapat di minum
oleh anjing itu. Maka kata Rasulullah saw : "Maka allah memberikan lelaki itu
penghargaan lalu memasukkannya ke dalam syurga" ..Hadis Riwayat al Bukhari.


***berbuat baiklah ke atas setiap ciptaan Allah swt***

~erti hidup dnegan berkongsi~

No comments:

Post a Comment

 
Christening Gowns, Free Blogger Templates