Monday, March 21, 2011

Bengkel Penulisan Sahabat Blogger Sabah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Semoga pada ketika ini, kita masih lagi merasa nikmat iman dan islam di dalam diri kita...

Sedikit makluman kepada blogger-blogger muslimat yang berminat untuk menghadirkan diri bagi menambahkan ilmu penulisan dan media, bolehlah email kan kepada balqisbasyeerah@gmail.com 
senarai maklumat anda seperti berikut :

-nama sebenar
-no.telefon
-no.ic
-alamat blog
-kawasan

semoga dengan kehadiran anda ke bengkel penulisan Sahabat Blog Sabah tersebut akan memberi 1001 manfaat kepada diri dan ummah....insyaallah, bengkel tersebut akan di adakan pada 9 April.

syukran jazillan...

Sunday, March 20, 2011

Lawatan Kasih Nisa Sepanggar dan Yayasan Amal 2011


Alhamdulillah, sejuta kesyukuran kepada ALLAH SWT atas kejayaan penganjuran Lawatan Kasih Nisa Sepanggar 2011 bersama Yayasan Amal ke wad perubatan Kanak Kanak iaitu  Melur satu dan Melur Dua di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Likas, Kota Kinabalu Sabah pada 20 Mac 2011

Kedatangan ahli Nisa Sepanggar dan Yayasan Amal seramai 24 orang disambut oleh Ketua Jururawat oncall dan dua orang Jururawat Masyarakat yang bertugas di ward tersebut. Pesakit kanak kanak yang berkeadaan stabil dikumpulkan di bilik permainan wad Melur satu. Hati begitu terhibur melihat gelagat kanak kanak yang kelihatan teruja menerima pengunjung. Kebanyakkan pesakit kanak kanak yang berada di ward Melur satu adalah mereka yang menderita penyakit kanser. Selain itu, terdapat juga penyakit penyakit lain seperti Asma dan demam panas. 




Sesi lawatan dimulakan dengan sesi beramah mesra bersama pesakit kanak kanak dan ibubapa pesakit. Selain itu, diselitkan beberapa acara permainan seperti pertandingan mengira dan mengeja untuk pesakit kanak kanak ini. Biarpun mereka berjuang menentang kesakitan namun minda mereka masih cergas dan aktif untuk menjawab soalan yang diberikan. 




Pesakit kanak kanak ini diberikan sedikit cenderahati dari Nisa Sepanggar dan Yayasan Amal iaitu berupa makanan ringan seperti gula gula dan coklat serta senaskah majalah 'Ana Muslim'. Terpancar wajah keriangan dan kegembiraan di wajah kanak kanak setelah mendapat hadiah tersebut. Aktiviti diteruskan dengan menziarahi pesakit kanak kanak yang berada di katil masing masing. Lawatan diteruskan ke wad Melur Satu iaitu unit rawatan rapi pediatrik. Keadaan pesakit kanak kanak di unit rawatan rapi kurang mengizinkan mereka untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. 









Nisa Sepanggar ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Pengarah Hospital, Matron, Sister, Staff Nurse, Jururawat Masyarakat dan semua staff Hospital Likas yang memberikan bantuan kepada Nisa Sepanggar dan Yayasan Amal sepanjang lawatan pada kali ini. InshaALLAH, Nisa Sepanggar akan menjadikan lawatan ke hospital Likas sebagai salah satu aktiviti bulanan Nisa Sepanggar.

Sumber Gambar: Terima Kasih Azizul Julirin

Wednesday, March 9, 2011

PEMBELA TANAH RAKYAT SABAH

PEMBELA TANAH RAKYAT SABAH (TABAH)








Bagi tujuan membela hak-hak rakyat Sabah di dalam isu Tanah, di negeri Sabah akan melancarkan NGO 'Pembela Tanah Rakyat Sabah' (TABAH). Maklumat pelancaran TABAH


Tarikh: 12 Mac 2011 (sabtu)
Tempat: Likas Square
Masa: 8 pagi

 

Penceramah:
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa

Hubungi:
019-8622790











Tuesday, March 1, 2011

Merindukan kelahiran ulama generasi Al Quran (cabaran buat pejuang muslimat Sabah)


"staff nurse, ada staff staff kita yang tengah berusaha belajar mengaji sekarang, kebanyakkan mereka yang dari golongan mualaf. Biarpun usia sebegini, sibuk dengan anak anak dan keluarga, tetapi semangat untuk belajar masih ada. Sebenarnya, saya sendiri pun sudah lama berminat tentang ISLAM tetapi saya tidak tahu nak bertanya pada siapa"


Dialog dari seorang TAN (trained assistant nurse) yang bukan beragama ISLAM amat meninggalkan kesan di hati saya. Sebab pertama adalah saya mengkagumi ruh ISLAM yang mekar subur dalam golongan mualaf yang tidak mendapat bimbingan sepenuhnya tetapi masih berusaha mencari sinar ISLAM. Sebab kedua adalah saya amat merisaukan masyarakat di bumi kelahiran saya iaitu Sabah yang sangat dahagakan tarbiyah yang berpanjangan. Saya meyakini bahawa wujudnya keinginan kepada ISLAM yang membuak buak buat masyarakat di bumi kelahiran saya. Cuma kadang kala terdapat asbab yang menyebabkan terhijabnya saluran untuk memberi kefahaman ISLAM kepada masyarakat sehingga mereka masih terus tercari cari.


Keadaan di bumi kelahiran saya ini membuatkan saya terus terusan bermuhasabah diri. Apa yang telah saya lakukan demi memberikan kefahaman ISLAM? Mungkin saya antara generasi 'bertuah' kerana mempunyai sedikit kefahaman tetapi bagaimana pula dengan saudara saudara seakidah saya yang terus ketandusan sinar ISLAM. Sampai bila saya perlu terus duduk berehat dan bermalas malasan sedangkan penduduk di tanah kelahiran saya sedang berhadapan dengan satu penyakit yang berbahaya.

Kekuatan semangat rakan sekerja saya yang sudah berusia untuk terus belajar mengaji dan juga anak anak usrah saya yang juga menyuarakan hasrat yang sama membuatkan saya terpukul dengan sesuatu hambatan bahawa kurangnya penerapan kepentingan membaca Al Quran pada masyarakat di bumi kelahiran saya.

Dialog tersebut juga mengingatkan saya kepada adik adik usrah di bawah jagaan saya. Alhamdulillah, kebanyakkan mereka sudah punya kefahaman ISLAM yang cukup dan mampu menjaga syariat. Namun, rata rata mereka mengalami masalah yang sama iaitu tidak lancar membaca Al quran. Hal ini cukup merunsingkan saya kerana Al Quran itu merupakan 'sahabat karib' kepada seorang muslim. Hampir menitiskan air mata ketika mengingati pesanan kekasih agung bernama MUHAMMAD SAW:


Aku tinggalkan kalian dua perkara dan kalian tidak akan sesat selagi berpegangan kepadanya iaitu Al Quran dan Sunnah

(Hadith Riwayat Muslim)

Situasi begini membawa memori saya kembali kepada seorang wanita yang saya kongsikan dalam ALLAH always save the best for the last. Betapa ketika dia mula belajar membaca Al Quran dan tika itu ALLAH mempermudahkan dia menerima hidayah dan petunjukNYA. Saya mengakui bahawa diri saya ini juga tidak hebat dalam ilmu Al Quran tetapi saya cukup bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenal kalam ALLAH SWT itu. Malah saya sendiri sudah merasakan keajaiban Al Quran yang mengubah hidup saya 360 darjah. Benarlah firmanNYA dalam Surah Al Baqarah ayat dua:


Kitab Al Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.

Pengalaman bergaul dengan sahabat sahabat dari Kelantan semasa di kampus memberi mutiara yang bisa dijadikan panduan dalam hidup saya. Ada antara sahabat yang kelihatan biasa, segalanya sederhana dan biasa sahaja. Namun apabila mendengar dia membaca Al Quran, hati pasti tersentuh. Saya begitu mengkagumi didikan masyarakat Kelantan kepada anak anak mereka yang amat menitik beratkan Al Quran. Saya tidak mengatakan bahawa perlu mewajibkan kita mengajar anak anak kita bertaranum atau membaca Al Quran dengan penuh berirama dan lagu tetapi itu adalah yang terbaik. Namun apa yang perlu kita fokus adalah memastikan anak anak di bumi Sabah kenal dan boleh membaca Al Quran. InshaALLAH, kenal Al Quran, hatinya lebih suci dan mudah untuk mengenali ALLAH SWT. Kefahaman kepada ISLAM adalah juga lebih mudah untuk diterima dan sekaligus bisa melahirkan generasi yang membawa evolusi kepada perjuangan ISLAM di bumi bawah bayu ini.

Sepanjang perjalanan hidup saya di bumi Sabah ini, saya memerhatikan bahawa ajaran Al Quran seolah olah dijadikan sebagai soal kedua dalam mendidik anak anak. Ada ibu bapa yang berhabis habisan menghantar anak ke tempat tuisyen semata mata untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya mendapat gred A dalam mata pelajaran. Saya mengakui bahawa saya dahulunya antara pelajar yang begitu mengidam idamkan A tersebut. Setelah melalui transisi dalam kehidupan, saya merasakan bahawa A itu tidak punya makna apa apa jika tidak ada A dalam Al Quran.

Ibu bapa sering menggunakan alasan bahawa merisaukan anak anak terbeban dan tidak dapat menampung untuk belajar dua perkara sekaligus iaitu pelajaran di sekolah biasa dan belajar mengaji. Saya ingin mengajak para ibu bapa menyoroti kisah di sebalik insan insan hebat yang pernah dilahirkan. Masih ingatkah kita pada Imam Nawawi, ulama tersohor dan meninggalkan mutiara buat kita melalui kitab tinggalannya sudah khatam Al Quran sejak kecil lagi. Atau mungkin kita sudah melupakan Imam Hasan Al Banna, fikrahnya jernih menggegar dunia dan didapati didikan awalnya adalah Al quran. Paling tidak ambil contoh masa kini iaitu seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) suatu ketika dulu yang juga merupakan seorang pelajar aliran agama. Maka tiada alasan untuk mengatakan bahawa pelajaran Al Quran itu menjadi beban. Terpulang sama ada kita 'mahu' atau tidak.


Saya begitu tertarik dengan silibus yang disediakan di PASTI (Pusat Asuhan Tunas ISLAM) dan saya meyakini bahawa PASTI adalah satu wadah untuk mendidik anak anak kita mengenali Al Quran. Malah penubuhan Sekolah Rendah ISLAM Al Hafidz di bandar Sierra juga sebagai salah satu usaha murni untuk melahirkan generasi yang celik Al quran di bumi Sabah ini. Setiap kali melihat wajah wajah comel si kecil menimbulkan perasaan hebat yang sukar digambarkan dalam diri saya. Betapa saya merindukan kelahiran seorang ulama di bumi Sabah ini yang bisa menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah. Sering kali saya diusik oleh sahabat sahabat yang menyatakan bahawa saya ini sudah mendapat 'seru' dan sebagainya tetapi bagi saya matlamat utama kita semua adalah untuk merealisasikan impian 'ISLAM UNTUK SEMUA' di bumi Sabah. Saya tidak mahu anak anak pada masa hadapan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh generasi kini dengan meninggalkan Al Quran. Jika saya tidak mampu menjadi srikandi Salahudin Al Ayubi tetapi biarlah saya berusaha melahirkan dan mendidik generasi muda menjadi pejuang ISLAM yang seterusnya. Sekurang kurangnya saya ada sedikit jawapan yang bisa diberi ketika ditanya oleh ALLAH SWT di akhirat nanti, apakah usaha saya untuk menegakkan agamaNYA.

Sedikit titipan buat insan insan yang ALLAH sentuh hatinya untuk mengenali Al Quran:

Alhamdulillah, ALLAH telah menyentuh hati kalian. Saya juga seperti kalian. Saya mengakui pada mulanya terasa begitu susah untuk membiasakan diri membacanya. Tetapi peganglah sesuatu bahawa untuk mendekati ALLAH itu bukan jalan mudah kerana pasti ada proses tapisannya tetapi tidak juga ada jalan buntu kerana ALLAH pasti membantu hamba hambaNYA. Bersabarlah dan jangan terlalu gopoh. Teringat pengalaman ustazah Noraslina yang sering saya jadikan rujukan. Bagi ustazah, biar lambat asalkan benar. Beliau begitu tegas dalam mendidik anak anak membaca bacaan Al Quran sehingga 'selagi belum lancar, selagi itu tidak boleh beralih bacaan'.Kita tidak mahu bahawa kita dilaknat oleh Al Quran sendiri kerana gopoh untuk mengkhatamkan sehingga lupa hukum dan tidak mengamalkan perintah ALLAH dalam Al Quran.

Daripada Abu Hurairah r.a juga meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:


ALLAH mengalakkan kepada hambaNYA sebagaimana ALLAH memerintahkan Rasulullah SAW supaya memperelok dan mengangkat suara ketika membaca Al Quran.


(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hamba yang kerdil,
merindui kelahiran ulama generasi Al Quran di bumi bawah bayu...
Asiah Yusro..


http: layakkahakumenjadibidadarisyurga.blogspot.com

Sunday, February 13, 2011

TEAM BUILDING NISA' SEPANGGAR 2011


Assalamualaikum wbt kepada srikandi-srikandi semua...Insya Allah, Team Building Nisa' Sepanggar akan di laksanakan pada 19 & 20 Februari 2011 bertempat di Pasti An-Najah, Kuala Menggatal dan Darul Sakinah.
Pendaftaran akan bermula pada jam 5.00 petang 19 Februari 2011.

Objektif utama perlaksanaan Team Building Nisa' Sepanggar ini adalah untuk memantapkan organisasi dan juga ahli Nisa' Sepanggar itu sendiri.

Oleh hal demikian, jomlah menyertai Team Building Nisa' Sepanggar 2011. Jom mantapkan organisasi, kukuhkan ukhwaah di dalam kesatuan agar bisa melahirkan output yang luar biasa. MUSLIMAH POWER !!!

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kak nisa' di 0135550368 ye...MUSLIMAH POWER!!!

Friday, February 11, 2011

Tawadukkah kita.. atau takabbur?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya, diberikan ruang dan peluang untuk membuat entri untuk perkongsian kita bersama, mudah2an sedikit sebanyak menjadi pengajaran untuk kita bersama..

Tawadukkah kita atau takabbur? Mungkin persoalan itu pernah menerpa diri kita..Risau juga dibuatnya..mengenangkan kesilapan dan keterlanjuran dalam perkataan dan perbuatan selama ini yang mungkin tersalah dan tersilap, sama ada disedari mahupun tidak, dan kelihatan mahupun tidak kelihatan..Astaghfirullahalazhim...Mungkin sahabat2 menyedarinya, oleh itu, mohon teguran dan nasihat kepada sesama kita yang seringkali tersalah ini..Marilah kita bersama-sama menilai diri kita..

Sahabat2 yang dikasihi dan disayangi kerana ALLAH..
Dipetik daripada sebuah buku, sifat2 pejuang ALLAH oleh Mohd Ali Bin Abu Bakar..Tawaduk ini menghiasi jiwa dengan kerendhan diri, mencegah diri daripada mengangkat diri dikalangan orang ramai dan menghina dan merendahkan mereka..Sepatutnya kita mudah mesra dan lembut di dalam pergaulan, tidak adarasa bangga dan sombong diri, jauh daripada sifat sombong atau bongkak..

Sifat tawaduk ini adalah kesederhanaan yang memisahkan antara takbur dan kompleks jiwa, berbeza dengan seseorang yang bersifat takabbur, berlagak lebih daripada kemampuan..Islam tidak membenarkan seseorang itu bersifat takbur kerana itu akan mengingkar kebenaran Tuhan..

Sifat takbur ini sudahpun dilarang oleh ALLAH seperti dalam Surah Al-Israk, ayat 37 yang bermaksud, "Dan janganlah kamu berjalan di buni dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan dapat menyamai setinggi gunung."

Firman ALLAH lagi dalam Surah Luqman ayat 18-19 yang bermaksud,"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai tiap-tiap orang yang sombong, takbu lagi membanggakan diri dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan dan rendahkan suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya suara yang paling buruk itu ialah suara keldai.".

Namun begitu, sahabat2 yang dikasihi ALLAH..
Sifat tawaduk bukan bererti seseorang itu lemah, merasa hina atau rendah terhadap orang atasan, merasai diri kurang daripada orang lain kerana ianaya hanya menyebabkan seseorang itu ke lembah sakit jiwa atau ke jurang penderitaan batin yang tidak sudah-sudah.. Sebaliknya, tawaduk adalah sifat yang mulia, akhlak para sufi dan pembekal jiwa kepada para pejuang Islam baik di medan pertempuran, mahupun di gelanggang arena politik negara atau lapangan kemasyarakatan. Malahan ia dapat melayakkan seseorang itu dalam segenap aspek  dan kedudukan hidup.

Islam agama yang agung, tidak ada agama yang lebih agung daripadanya. Umat Islam umat yang tinggi dan direstui oleh ALLAH akan ketinggiannya, bahkan digalakkan supaya orang mukmin itu melahirkan kehebatan kepada musuh-musuh ALLAH dan musuh-musuh Islam.

Orang tawaduk menghormati orang lain tanpa mengira pangkat dan peringkat umur, sama ada tinggi atau rendah, baik golongan tua atau muda..Suka menolong dan turut sama dalam kerja-kerja kebajikan, rawa kebersamaan dan kesatuan sebagai hamba ALLAH..Lahir dari keikhlasan hati dan kesucian jiwa..Tidak mungkin orang yang takbur itu insan yang mengenali Tuhannya dan tahu menilai diri sendiri, mereka sebenarnya jahil tentang Tuhan. Orang yang tawaduk adalah mereka yang mudah mesra ketika berbicara, lembut di dalam pergaulan seharian dan tidak ada rasa bangga dan sombong. Mereka jauh daripada sifat sombong dan bongkak tetapi kuat mempertahankan kebenaran ALLAH dan tegas menghadapi musuh-musuh ALLAH..

Marilah kita mengambil sifat tawaduk sebagai pakaian hidup kerana sifat ini juga sebagai pembekal utama ke arah perjuangan suci lebih-lebih lagi pada masa kini, gelombang material kian melambung sedangkan nilai moral semakin menurun. Tidak ada jalan lain yang dapat membekalkan istiqamah kepada seseorang itu melainkan tawaduk kerana ia sifat mulia dan lambang kebenaran.

Wallahu'alam..

Pesanan buat diri penulis terutama dan perkongsian bersama..

Wassalam..
 
Christening Gowns, Free Blogger Templates